THANK YOU MAMA! ❤

 hai.

harini aku akan fetch mak kat tempat exam. mak habis exam pukul 1.30 petang. dan kami sebenarnya dah lambat untuk hantar dslr kt mak. mak pesan hantar dslr pukul 11.30 pagi dan sekarang dah pukul 12 tengahari. 

drive dengan muka yang serius sebab nak cepat. hahaha
disebabkan lusa adalah krismas, sekitar kk ni jadi jem. especially kat depan 1Borneo dan UMS. urgh! memang patah seribu la kalau dah tersepit dalam jem. tapi tak dela bosan sgt sebab boleh la aku berkaraoke dalam kereta. hehe.

so, bila dah stuck dalam jem, dalam pukul 1.20 petang baru aku sampai kt tempat mak. mak dah bising sebab lambat. okay, sampai je terus pergi snap gambar mak dan kawan-kawan dia sebab lepas ni dah tak jumpa dah sebab dah habis stadi kan. dah tamat degree.

mak dan kawan-kawan dia

lepas habis photoshoot, mak tanya "nak pergi mana lepas ni?" seperti yang telah dirancang, aku nak ke butik Ariani sebab nak beli tudung warna hitam. itu je tujuan aku nak ke Ariani. serius!

ready to Ariani. hehe
tapi rupanya timing ktorang datang butik tu memang tersilap kot ataupun bertuah? aku pun tak tau. Ariani buat BIG SALES la pulak. so, kami bertiga ni TERshopping tudung dengan lahapnya. ceh! TER okay. TER....hahaha

adik aku dah hitam sebab asyik berkawad je

ramai orang dalam butik tu. bila perhati macam ramai orang kaya-kaya je. tengok handbag masing-masing Coach, Gucci, Guess je semua. dan jumpa jugak kenalan mak dalam butik tu. beli tudung Ariani RM700++.. boleh pulak dia pelawa mak beli satu tudung cm dia beli tu. :O mahal sangat la makcik...

aku masih tetapkan iman cari tudung warna hitam. pusing-pusing dalam butik tu, tak jumpa. jumpa tudung warna hitam tapi terlebih mahal la pulak.

bila dah pusing-pusing tu, haaaa...mulalah macam-macam kita belek tudung. kang kejap kang, "eh, lawa la.." "eh, comel la pulak.." "eh, padan pulak.." banyak dugaan wei..

"eh, macam padam pulak dengan muka aku."
ni la hantu tudung. hahaha
tudung dalam butik selalunya disangkut dengan hanger kan, so, tengok lawa je, sangkut tudung tu kat handbag. sampaikan tak sedar, penuh dah handbag dengan tudung yang bersangkut. at last, kakak promoter tu yang tolong pegang tudung-tudung tu semua.

" haa...amik mana yang korang nak. mak bayar.." heaven okayyy..
sebelum bayar, kira balik berapa helai tudung dan saring balik tudung mana yang betul-betul nak. ada la satu tudung warna purple aku terpaksa letak balik sebab aku rasa macam tak perlu kot. 

kakak cashier pun dah pening. nasib lah ada kad ahli Ariani. ada la jugak diskaun 5%. hahaha. dengan member pun nak kedekut. ish

"thnk u, please come again bila ada duit lagi okay".. haha
akhirnyaaaaa...aktiviti "TER" sudah selesai..aku muka puas. tapi macam over la pulak sebab datang butik tu untuk beli sehelai tudung je tapi dah berbelas-belas helai la pulak. insaf kejap.

my mum..my banker..my everything. hehe
balik rumah, aku try tudung 3 round. satu masa kat ruang tamu tingkat bawah. kedua masa dalam bilik sebelum mandi. ketiga sebelum tdo. hepi gila dapat tudung baru. at last, semua pun dapat tudung masing-masing. hehe

alhamdulillah dengan rezeki yang KAU berikan.. alhamdulillah. syukur.. :)

p/s: aku hanya menceritakan kegembiraan aku pada waktu cuti.  :)

APABILA BULAT BERTEMU BULAT

hai.

pukul 4 petang tadi, aku dengan adik keluar ke bandar. tujuan utama adalah untuk meluangkan masa bersama dan berkasih sayang bersama. dan eka rah pun join aktiviti berkasih sayang ni jugak. hehe. ni lah first time aku jumpa dan hang out dengan budak maktab masa cuti kat sabah. hehe.

otw ke Parkson. adik drive. aku malas drive sebab nak cas fon. hehe
kami hang out lambat sebab actually aku kena tunggu eka rah sampai dan check in hotel dulu. so, tempat pertemuan kami adalah kat Parkson sebab hotel eka rah ni sebelah Parkson je pun. 

bila dah jumpa......aku terkejut..sebab eka dah tambah bulat. ohmai!! ouh, mungkin baju yang dia pakai tu kot yang besar. hehe.

okay, lepas tu kami terus ke wayang 5D. actually aku dah usha benda ni last year. tapi selalu tak bkesempatan nak try. so, this time macam ngam sangat la timing. dalam cerita Mr Bean yang dulu-dulu tu korang ingat tak ada part yang Mr Bean tengok wayang yang kerusi dia gerak-gerak tu? haaaa...dari situlah aku simpan hajat nak try. gila lama kan hajat aku. hehe. haritu pergi genting pun ktorang tak sempat tgk wyg 4D sebab kena tunggu 2 jam.


so, sebelum masuk tu, ktorang kena pilih tajuk mana yang ktorang nak. semua tajuk dia macam best. nak amik yang zombie punya takut kena cekik pulak. so, ktorang amik yang adventure punya dulu. ktorang amik Jungle Adventure.


aku macam jakun jugak la sikit-sikit sebab tak pernah try kan. hahaha. ktorang siap gelak-gelak, jerit-jerit lagi. haha. ada 1 scene tu di mana roller coaster tu tiba-tiba jatuh gaung n aku rasa macam tergolek-golek je. hahaha. pastu tiba-tiba ada labah-labah gergasi muncul depan muka aku dan korek-korek mata aku. rasa geli gila. aku siap tepis lagi labah-labah tu. cacat bacat betul! HAHAHA. bila lalu kat air terjun, ada percikan air. basah skit seluar. haha. 

kalaulah ada kazen-kazen aku / geng bibiran, mesti lagi syok. haih! rindu korang weiiiiiiii....

lepas tu, ktorang ingat nak keluar daripada Parkson tu dan pergi Wisma Merdeka pulak. aih, aku melencong ke kedai jual cover fon pulak. apa lagiiiiiii...tetttttttttt.... apa-apa pun sangat puas hati membeli-belah cover fon dengan harga yang sangat berpatutan. boleh tdo lena malam ni. hehe

sebelum ke Wisma Merdeka, ktorang singgah Warisan Square sebab nak pg beli Big Apple untuk mak. aku suruh adik je yang turun pergi beli. 

masa tgh cari parking, ada sorang budak jual ulale ataupun orang panggil gula-gula kapas. ulale ni ktorang nak beli petang tadi lagi tapi tak sempat sebab masa tu traffic light dah hijau. budak-budak yang jual ulale ni dorang akan berkeliaran dekat kereta-kereta terutamanya waktu jem ataupun kt traffic light. so, masa tengah cari parking kt warisan square tu, ktorang stop la nak beli ulale sebab kat belakang tak de kereta lagi. bukak tingkap dan tanya

"brapa tu dik?"
"dua ringgit jak,"
aku cepat-cepat bagi RM2 sebab masa tu dah ada kereta kat belakang. takut dia hon lak.
budak lelaki tu tanya lagi dengan lemah-lembut, "mau warna apa?"
aku jawab dengan kelam-kabut " apa-apa jak la,"
sekali budak tu lempar je ulale tu dalam kereta.

aku drive cepat-cepat sambil gelak terbahak-bahak. gelabah gila budak tu sampai main baling je ulale tu dalam kereta. hahaha

budak tu campak ulale warna biru. hehe
then, kami pun sampai kat wisma merdeka. masa tu dah malam dah. so, macam jalan tengok-tengok baju je. kedai pun nak tutup dah. kt wisma merdeka ni ktorang sempat beli Takoyaki je. aku teringin pulak nak makan. hehe.

dahi aku cm extra luas. haha
keluar daripada Wisma Merdeka, aku hantar eka balik ke hotel. actually aku nak bawa eka tidur kat rumah sebab kat rumah ada aku dengan adik aku je. tapi sebab eka kena jadi babysitter, so nggak bisa tidur di rumah gue. 


dah hntar eka, aku gerak ke tempat mak untuk hantar Big Apple idaman hati mak. hehe. borak-borak dengan mak kejap dan aku dengan adik balik rumah.

masa nak balik, jem pulak. so, dalam kereta tu, ada pulak la kan sesi karaoke. hehe. sambil menyanyi sambil makan takoyaki. jem teruk sampai aku rasa aku sempat je snap gambar adik aku, berjoget dalam kereta tu. hahahaah.
kiri kanan jem.
ini ialah adik aku yang gedik nak makan takoyaki. hehe
aku jugak gedik sebab nak makan takoyaki masa jem. hehe
rupanya ada jpj buat roadblock. panjang lak tu jpj berbaris. kenyit mata sikit dan abang jpj bagi jalan terussss..banyak jugak la orang kena saman. risau jugak aku.


bui bui! :)

MINI REUNION

hai.

masa hujung bulan november haritu, aku bersama dua orang kawan sekolah aku buat mini reunion. sangat mini sebab ktorang tiga je. haha. at first tu plan untuk jumpa dengan fizul je. at last fizul cakap vander pun nak datang. tapi last minute tu vander tak jadi datang la pulak. 

fizul and vander
fizul ni sekarang belajar kat australia dan he is single! hahaha. sekarang ni dia tengah cuti. so, macam kebetulan pulak aku tinggal satu tempat dengan rumah dia. apa kata grab the chance untuk jumpa. ktorang jumpa kat kfc. masa aku datang tu, aku 'boo!' dia. bila dia terkejut tu, aku gelak sebab suara dia dah lain sangat. dah macam suara matang! haha.

borak borak makan makan dan at last ktorang plan nak buat kerja gila. ktorang nak pergi jumpa vander. so, aku drive ke restoran pakcik fizul which is macam dekat jugak la kot dengan rumah vander. tunggu vander kat sana. so....bila nampak vander...OMG!badan dia dah tak macam dulu. dah tough! dia rajin workout. seksi gituuuu. HAHAHAHA.

us. mereka dah tinggi dari aku laaaa
so, ktorang borak la. borak punya borak tak sdar dah pukul 12 malam dan my mum pun dah bising sebab tak balik lagi. macam-macam ktorang cerita. semuanya tentang sekolah dulu. aku rasa macam sakit gila perut aku asyik gelak je. 

dulu fizul ni kawan aku gosip-gosip la. kalau dia buat lawak, memang tergelak-gelak sebab dia cerita dengan penuh expression. aku rapat dengan fizul. dari form 1 lagi. ktorang sekelas dlu.

formal dinner Sutera Harbour 2008
drama Aladdin 2008. hi, im princess Jasmine. hehe
yang tak boleh bla bila fizul cerita balik pasal aku tagih hutang kt rumet aku dulu..masa tu aku jumpa rumet aku kat koperasi.

"wei J,  bila kau nak bayar hutang aku? seringgit tu.."

 hamboiii....HAHAHA

vander ni aku rapat sebab dia dulu clasmet aku jugak masa form 2. ktorang tambah rapat bila kat matrix. kalau dari labuan tu, nak balik kk, memang akan sama-sama. sampai orang ingat pakwe sebab selalu sama-sama. gambar vander yang dulu-dulu zman matrix tak de pulak aku simpan.

kalaulah waktu tu siang, memang lagi lama la ktorang borak.dalam pukul 12.30 cmtu, aku pun balik. rush nak balik sebab mak dah marah. yela yela. selamat dah pun aku sampai rumah. but then, mini reunion tadi tu memang best sangat. rindu pulak zaman sekolah dulu. haih

bui bui! :)

TETAMU DATANG

hai.

harini terasa rajin sikit nk tulis cerita. ahad lepas, ada tetamu datang rumah. actually ahad tu aku dengan kak intan nak pergi Pulau Mantanani. 

Pulau Mantanani ni terletak kat kota belud which is 30 minit dari rumah aku. pulau ni sangat cantik. ouh, tujuan kami ke sana adalah untuk snorkeling je pun. tengok keindahan laut. hehehe. tapi tak jadi sebab tetamu nak datang rumah. dan aku harus stay kat rumah tolong-tolong mak.

lawa kan mantanani island? cm jeju island lak rasa. hahahaha
nak tgk dugong kan? haaaa...ambik!
ni la chalet kat pulau mantanani. serius akan terasa cam pergi oversea je. hehe. 

sumber gambar: google

tetamu ni datang dari jauh. tetamu ni kawan papa. dulu dorang tinggal kt sabah jugak tapi dah pindah kelantan. so, dorang datang sabah untuk bercuti. bawak anak-anak melancong sebab anak-anak dorang xpernah datang sabah. kiranya dorang tinggal kat sabah masa anak-anak dorang kecik lagi. lagipun dorang ni cm jiran-jiran ktorang je kt kelantan. hehe

dorang datang untuk lunch. so, kami sibuk siap kemas rumah dan masak.

mak terlebih gelak. aku macam kontrol ayu gituuuuuuwwwww. hahahaha

mereka 1 family. khusyuk makan. sodap!hehe
kak intan n adik...dorang tak sesabar nak makan. haih!

bila tetamu datang, kami borak-borak. makcik tu borak dengan aku yg semalam dia pergi ranau dan beli manggis. sekilo manggis RM10. padahal kt pasar philiphines sekilo manggis RM2 je pun. haaa...kena tipu dengan penjual la tu. 

bila tetamu dah balik, barulah aku melantak makanan banyak-banyak. lapar! hehehe.

masa untuk explore fon kak intannnnnn..hehehe
bui bui! :)

12.12.12 HAPPY BIRTHDAY IRWANSHARP!

hai.

entri ni khas untuk kazen aku yang bernama Amirul Ashraf Zulfakar a.k.a ACAP!

this is him
ACAP...happy birthday.. selamat berumur 22 tahun secara official nya. hehe. tahun ni bday ko tarikh paling lawa tapi ktorang tak de. tak dapat nak celebrate bday ko. semoga rambut tumbuh kembali. HAHAHA.  semoga berjaya dalam hidup dan menjadi ID yang berjaya. boleh tolong hias rumah aku nanti. hehehe

semangat amerika gile! hahaha
acap ni kazen aku yang paling aku rapat sejak kecil lagi. kiranya kitorang memang meant to be together. cewahhh! hahaha. ktorang membesar sama-sama. macam-macam kenangan yang ktorang bina n cipta bersama.

dulu masa kecik-kecik, kalau aku dengan acap gaduh mesti dia akan tarik rambut aku. rambut aku dlu panjang. memang itu feveret dia. sangat feveret! jahat acap ni dulu. haha.

si baju hijau yg bajet muka sombong
lepas tu, masa kecik-kecik ktorang suka main masak-masak. selalunya ktorang akan guna perkakas memasak yang dalam bilik bawah tanah. dan kami selalu buat kerja-kerja memasak ni, bila atuk dengan wan keluar. ktorang memasak betul-betul. siap hidupkan api lagi. yang paling aku ingat, ktorang masak pisang. lepas tu letak atas pagar bagi burung makan. esok bila tengok balik tempat letak pisang masakan ktorang, "eh, dah tak de laaaaa! burung dah makan," pastu, gembira gila dan pergi cari belalang pulak. cabut kaki belalang. 

makan juga harus duduk sebelah menyebelah

dulu masa kecik-kecik aku dengan acap ni suka curi telur ayam rumah jiran. bila dah curi telur ayam tu, bukan nak bawak balik suh mak masak ke apa. ktorang pecahkan telur tu. kira macam feveret jugak la curi-curi telur ayam dan pecahkan. bila suka sangat mencuri telur ayam, ada satu hari tu tuan rumah kejar ktorang dengan penyapu lidi sebab curi telur ayam dia. habis ktorang lari. hahahaha. dan masa kat rembau pun sama. ktorang pergi reban ayam dan main ayam. last-last bdan naik tungau! hahahaha.

ktorang memang akan buat aktiviti sama-sama. tak kesah la main boling ke, brenang ke..
masa kecik-kecik jugak, ktorang suka main disko-disko. pasang lagu kuat-kuat pastu buat konon-konon mabuk. kalau ingat balik pasal main disko-disko ni, memang ktorang termalu sendiri sebab ni lah game paling bengong ktorang main. dah macam tak ada game lain nak main. konon mabuk! ceh! hahaha.

bila aku naik darjah 6, acap form 1. masa ni, babang dengan kak farah dah mula tak rapat. tapi aku dengan acap masih rapat. ktorang pernah berjanji sama-sama. aku ingat lagi masa tu dalam kereta nak ke mana entah aku pun tak ingat. rasanya sama ada nak pergi kL or balik kampung. "kita janji tau kita akan rapat sampai bila-bila," sampai sekarang ktorang rapat. setia tak ktorang? hehe


ktorang rapat sampai makcik pakcik ktorang siap bagi quote lagi.. "di mana ada ain, di situ la ada acap," hahaha. pastu ktorang akan borak malam-malam sampai pukul 3,4 pagi. banyak cerita. kadang-kadang rasa macam cerita yang ktorang nak cerita tu takkan pernah habis. ada je benda nak cerita. dulu pun ktorang pernah ada salah faham. gaduh. konon tak nak kawan. klaka kalau ingat balik. siap tulis surat bagai. padahal sorang duduk atas tangga, sorang duduk kat sofa. hahaha

dolu-dolu... hahaa

feveret aku dengan kazen-kazen ni swimming tau. atuk dengan wan selalu bawak ktorang pergi swimming. kalau duduk hotel, mesti dan wajib swimming. dan masa swimming, aku dengan acap selalu akan buat aksi gimnastik ktorang. perasan hebat la konon. aku akan berdiri atas bahu acap dan acap akan berdiri jugak. pastu terjun balik dalam kolam. then, aktiviti aku dengan kazen dalam kolam mesti main buaya-buaya. tak pun cari batu, then lempar batu dalam kolam dan semua terjun masuk kolam untuk dapatkan batu tu balik. hahaha.

thnk u atuk dan wan :)
sampai la sekarang ktorang rapat. aku dah umo 21 tahun dan acap pun dah umo 22 tahun. ktorang selalu kongsi cerita bila ktorang keluar lepak. ktorang rapat ni pun ada sampai orang ingat acap ni pakwe aku. HAHAHA. kalau nak cerita aktiviti aku dengan acap, memang banyak. kenangan kat kuching, masa naik star cruise, masa kat kuantan, kat terengganu, kt kota A famosa.. macam-macam!

minum air nak tangan belit-belit konon. perasan sweet la ni. hahaa

happy birthday yang ke-22 acap! love u. xoxo

bui bui! :)

"MACAM ORANG GAJI LA..."

hai.

apabila satu rumah kelaparan pada tengah malam, begini lah jadinya...kami berempat decide untuk makan kat luar. at first nak makan kat 'kipci' (KFC) tapi at last pergi makan roti canai kat restoran. hehe.

untuk kali pertamanya aku drive kereta untuk bawa satu family pergi makan. hahaa. benda tu pun nak bagitau. iye, kena cerita jugak sebab first time okay! hehe

papa cakap aku macam orang gaji pakai skirt. sob. sob. sob T.T. hahaha

pada mulanya ingat nak pergi beli je kipci dan makan kat rumah. sebab tu la aku pakai skirt. malas nak tukar seluar. tapi at last pergi makan kat restoran la pulak.

bui bui! :)