KARTUN LEMBU

hai semua! 

untuk sekalian kalinya aku kembali lagi. haha.. masa untuk merapu cerita tanpa isi penting. haha. malam ni bosan kot. ingat nak tidur awal la. esok dah jumaat. yey! ingat nak keluar hang out dengan besfren yang kat UIA. tapi tak rasa nak keluar la. dah lama tak jumpa dorang. rindu gila!


pernah jumpa benda ni tak? comel kan? cuba teka berapa ringgit aku beli? hehe. aku ni suka tanya kalau benda yang aku beli tu MURAH! haha.

alolololo tomeynya lembu ni nak makan pencuci muka aku. haha


actually banyak gila aku borong benda ni. semua jenis pilihan binatang yang aku ambil. yela, nak letak kat setiap tandas kat rumah. haha. benda ni aku beli SERINGGIT je! hehe. beli kat Nilai 3. hehe.. aku pilih kartun lembu sebab aku memang suka kartun lembu. 

kotak bday yang diberi oleh kawan pada bday tahun lepas. hehe
nak sukat suhu bilik pun mesti kena kartun lembu jugak. hehehe.. alahai kesiannya dinding bilik.. haha
tengah ber'facebook' tadi, aku terjumpa la satu gambar ni. ayat dalam gambar tu aku sangat setuju. 



p/s: sori la entri yang lama-lama kebanyakannya aku dah buang gambar. hehe

DOA MENDAPAT JODOH YANG BAIK


Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih.....
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu
Sucikan hatiku Ya-Allah
Agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindui kehadirannya
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari-Mu yang tulus dan murni
Bantulah aku agar dapat mengasihaninya hanya sebagai seorang sahabat

Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah
Satukanlah hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah Engkau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya

Ya Allah Yang Maha Pengasih
dengarkanlah doaku ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah Yang Maha Kekal
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
luka dan keraguan yang ku alami mesti ada hikmahnya

Semua ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin

BAHAN BANTU BELAJAR AI

hai semua.

fuhhh! kebanyakan assgment penting dah hantar. sangat lega. assgment dah habis. duit pun dah habis uruskan assgment.  btw aku nak cerita pasal projek literasi bahasa melayu.  untuk projek ni kami kena suruh buat bahan bantu belajar (BBB) beserta RPH. Rancangan Pengajaran Harian. actually aku tak reti langsung buat RPH ni. tup tup je lecturer suh buat RPH. dengan berbekalkan buku, aku ikut je la guide line yang ada. kami diberi pilihan sama ada nak buat pendidikan muzik ke pendidikan jasmani ke atau pendidikan semi. so, aku pilih untuk buat rph penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam pendidikan seni. Yes, i do love arts! disebabkan aku mengambil kos pemulihan, jadi aku berhajat untuk set kan jumlah murid pemulihan saje iaitu empat orang. aku pilih tajuk mengajar huruf vokal a,e,i,o,u. 

aku memang dah dapat idea melalui pemerhatian kat buku, internet semua. jadi aku berhajat nk buat BBB yang bputar-putar dan namakan dia kotak berputar. so lame that name! haha

tadaa! aku dpt mrkh 8/10 untuk kreatif.  hahaa
eh.. gmbar epal ni sama la pulak mcm botol perfume nina ricci i kat blkg tu. haha

AKHIRNYA AKU DAPAT MAKAN KAU! TAPI KENAPA KAU TAK SEDAP?

HAI!
aku sebenarnya tengah stress pasal kerja-kerja kursus sebenarnya ni. aku baru je habis siapakan kerja kursus mengenai Literasi Bahasa Melayu. esok nak hantar tapi aku tak buat lagi BBB. adoi. nampaknya malam ni kena bersenam lebih ni. haha.

sekarang aku nak cerita pasal benda yang aku makan. pernah dengar nama MACAROON? mesti pernah kan? kalau tak pernah sila jumpa encik Google. dia boleh tolong.

haritu kan aku dengan makcik-makcik dan mak aku pergi jalan-jalan kat Terminal 1. actually kami baru pulang dari majlis perkahwinan sedara kat Dewan MPS. jadi, dengan berpakaian baju kurung bagai mak datin gitu, kami pergi la bergasak kat terminal 1. tak adalah ramai sangat mungkin sebab orang masih dalam mood raya. bagus jugak. kami nak pergi Nagoya sebab mak nak beli kain untuk buat alas meja ala-ala english country gitu. 
korang boleh la spot mak-mak datin.. opss..aku belum jadi mak lagi. haha
tengah aku jalan-jalan tu, aku tiba-tiba berhenti tiba-tiba sebab nampak satu benda yang berwarna-warni. WAAAAA! IT'S MACAROONS!  dah lama aku nak makan benda ni. tengah dalam internet sedap je macaroons ni. RM 6.. mahal kot! tapi sebab perasaan nak makan membuak-buak sangat, aku pun beli la jugak memandangkan duit raya masih ada RM400. hahaha. setakat RM 6 pejam mata je nak bayar. haha.

dipendekkan cerita, dah sampai rumah aku terus hidang macaroons tu atas pinggan yang paling cantik sekali kat rumah tu dan ambik gambar. haha. aku pun ngap! adik aku pun suka juga makan macaroons ni. aku ngap macaroons yang warna comel-comel dulu. warna pertama aku pilih ialah warna turquoise. haha. lepas tu pink, hijau, ungu, kuning dan aku pun tak ingat aku makan berapa banyak dah macaroons tu. 


tapi kan..macaroons ni macam tak berapa elok la sebab terlalu tersangat manisssssssss....ibarat makan gula hidup-hidup tau! tapi sebab warna dia lawa, aku makan jela dengan harapan jangan aku kena kencing manis dah tua nanti sudah. nauzubillah. 

setiap warna tu ada perisa dia yang tersendiri. contohnya kalau warna ungu, dia rasa lavende. kuning pulak rasa lemon. macam tu la.. sedap tu sedap la jugak tapi kena kurang-kurangkan lah makan makanan tu.

siapa-siapa rasa nak macaroons boleh la ke Godiva Pavillion. sediakan duit raya banyak-banyak.

tu sahaja untuk sekarang. bui bui.

PINDAH RUMAH

hi semua..

aku rasa tak sabar nak balik Sabah. dengan masalah dalaman yang aku hadapi, aku nak sangat rasa pergi bercuti ataupun jumpa orang yang boleh gembirakan aku dan buat hati aku berbunga-bunga. kalau boleh, aku nak pergi jauh. kalau dapat tukar maktab secara suka hati mak bapak aku memang dah lama aku mintak tukar pergi maktab kent yang 5 minit dari rumah aku. menyesal. memang menyesal.

aku tak sabar la nak tunggu hujung tahun dan balik ke Sabah. aku nak tengok rumah baru. aku nak tengok bilik aku. nak hias bilik. tapi sebelum balik sabah aku nak singgah midvalley dan beli lava lamp. aku suka la lampu tu. unik lak aku rasa. aku suka lava lamp tu sejak main game The Sims. hehe.


haritu adik, mak, papa dan abang aku bertungkus lumus mengemas barang-barang yang banyak sangat kat rumah kudat. yela, nak angkut barang sekali je. dari Kudat ke Tuaran mengambil masa 2 jam 30 minit. bukan pindah sebelah rumah. pindah daerah. untung la aku ada kat maktab waktu tu. kalau tak naik serabut aku nak mengemas. haha (nampak sangat pemalas. haha)


jom layan gambar..

bilik babang
katil dan kerusi dalam bilik kepunyaan tuan rumah


bilik saya dan amim


ruang tamu


banyak kan barang setelah 11 tahun tinggal d rumah ni









semua barang. ni pun dah kurangkan sebab barang-barang lain dah sedekah kat orang miskin

dah sampai rumah baru.
banyak kan barang? mak aku dah sedekahkan semua barang yang tak pakai seperti baju, seluar, baju kurung, alat tulis yang tak guna, buku-buku,kereta control aku, kasut kat orang yang susah. semua barang tu masih elok dan boleh pakai lagi. baju branded lagi. aku baru je berhajat nak buat preloved untuk baju-baju yang tak guna tu. untung la orang tu. mak aku bawa semua barang tu pergi sekolah dia. habis berebut dorang amik barang-barang ni. gembira sangat dapat tolong orang susah. 

aku pun kalau kat asrama, kalau aku tak nak barang-barang aku, aku buang tapi aku asingkan. aku tak campur dengan sampah basah. kalau aku nak buang beg, baju dan kasut aku, aku letak dalam satu plastik besar dan letak kat tempat yang bersih. nanti ada la tu cleaner yang ambik. kalau dia nak, ambik je la. tak sudah. boleh buang.

pengajaran:: kita haruslah sentiasa bersyukur sebab masih dapat hidup senang sedangkan orang lain nak makan pun susah.

bila barang setengah barang dah angkat naik lori, ada unexpected things berlaku. tiles dari ruang tamu sampai dapur tiba-tiba meletup. tak tau kenapa. mungkin tekanan kot.  ntah-ntah rumah tu sedih kami nak pindah lalu tunjuk protes. hehehe.
wah...rumah protes!






okay, sampai sini je nak cerita. bui bui

MENGORAT PEREMPUAN

Selamat Pagi... walaupun aku masih belum ada semangat lagi nk update tapi aku akan cari semangat yang kian hilang dalam minggu ni.banyak masalah peribadi yang menimpa-nimpa dan aku putuskan untuk diamkan diri dan ikut sahaja apa yang terjadi.

tadi aku berjalan-jalan dalam dunia alam maya. almaklumlah, empat hari aku PBS aku tekun buat assignment. jadi hari terakhir PBS ni aku nak relax je. hehe. bila tengah blogwalking, terjumpa la pulak satu gambar yang boleh jugak aku guna pakai. haha. jom tengok gambar apa yang aku nak tunjuk


mesti perempuan dalam gambar tu fikir " wa..caring gila laki ni. dah la kaya pakai iphone."
so, marilah kita cuba untuk sesiapa yang nak pikat perempuan. yang perempuan pun boleh cuba jugak. haha