DATE GOALS

salam. hi.

harini aku saje nak menulis tentang date goals aku. well, sejak umur dah bertambah ni, date goals aku makin lama makin hmmm hambar agaknya. haha. sebenarnya aku macam dah lupa orang keluar dating buat apa ea? 

seandainya ditanya pada aku apa yang aku nak sangat buat dengan partner aku (more to partner halal la kan), aku lebih memilih untuk buat apa-apa aktiviti janji buat bersama-sama. no specific activities. apa-apa pun okay janji bersama-sama. pergi makan aiskrim murah kat taman pun okay. janji sama-sama. aku sebenarnya fleksibel. tak cerewet. kalau orang ajak hiking, jom. ajak pergi berbasikal, jom. ajak diving, hmmmm boleh jugak walaupun aku ni macam takut lemas. boleh lah. janji ada yang jaga aku dalam laut tu. haha

kehidupan aku tak sebebas orang lain. parents aku strict bab keluar keluar ni. boleh nak keluar tapi kena bagi sebab yang munasabah. sebab tu la aku lagi suka buat aktiviti ngedate ni dengan partner halal. takdela parents aku tanya tanya lagi kan. hehe well, ada beberapa aktiviti yang aku teringinnnn sangat buat dengan partner. 

first, kalau nak dating, aku nak pergi zoo! atau tempat yang macam aquaria tu ke. dating ke mall macam biasa sangat. duduk minum minum coffee biasa sangat. aku rasa kalau pergi zoo macam unik! seronok apa tengok haiwan. haha



kedua, nak ke muzium! aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat nak pergi muzium dengan partner sambil tengok barang barang tinggalan sejarah. sambil sambil bincang pasal tinggalan sejarah.  mungkin boleh juga melakar sejarah chentaaaaa kitaaa. ahaha! aku tak tahu kenapa aku nak pergi muzium. mungkin juga sebab aku suka subjek sejarah. boleh je sebenarnya nak pergi muzium dengan kawan-kawan tapi kadang-kadang pergi dengan partner pun seronok jugak kan?


ketiga, haaa ni paling favourite! aku nak pergi musical instrument concert. since aku ni sukaaaaaaaaa sangat tengok orang main piano dan saxophone. selalu aku tengok dalam youtube je. sekali sekala pergi tengok live, seronok jugak kan. lagi lagi classical music. aduhhhhh, soooo nice! so, kalau pergi dengan partner rasa "ahhhhh seronoknya....romantiknya". tapi aku rasa kalau pergi concert macam ni partner kena someone yang minat musical instrument jugak kan? at least takdela dia bosan sangat. 


keempat, ialah buat aktiviti outdoor bersama-sama. anything. macam naik gunung ke, hiking ke, parasailing ke dan lain-lain. well, jogging pun not bad. seronok jugak kan. 



lain orang lain minatnya kan. well, apa aktiviti ngedate yang korang suka buat? 

UMRAH 2019 (PENGALAMAN MASUK RAUDHAH)

PART 1 | PART 2 | PART 3

Salam.

Sebelum aku mula, aku nak tekankan kat sini, ini hanya perkongsian aku menunaikan ibadah umrah. Tiada niat untuk riak. Aku hanya berkongsi pengalaman. Penulisan ini hanya untuk aku abadikan sebagai salah satu kenangan indah aku.

Sebelum tu, apa yang ada di Raudhah?

Raudhah adalah taman syurga yang kekal di dunia. Di Raudhah inilah ada makam Rasulullah S.A.W di bawah kubah hijau diikuti dengan maqam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. dan di Raudhah ni ada mimbar Rasulullah S.A.W. sebelum kita sampai Raudhah tu, kita akan nampak kubah hijau. di bawah kubah hijau tu la ada makam Rasulullah S.A.W beserta dua orang sahabat baginda. bila masuk Raudhah, beri salam pada Rasulullah dan sahabat.

belakang tu la kubah hijau 
masa masuk raudhah untuk wanita terhad. ada masa tertentu sahaja. selain daripada waktu ini, adalah waktu jemaah lelaki. 

selepas subuh : 7.30-11.30 pagi
selepas zohor : 1.00 tengahari - 3.00 petang
selepas isyak : 9.00 malam - 1.00 pagi. (kami pergi yang sesi ini)

boleh pilih waktu mana yang kita nak pergi. tapi kena beringat, Raudhah ni tempat tumpuan ribuan jemaah. so, memang semua berebut nak solat di sana. aku dulu memang tak expect Raudhah ni akan ramaiiiiii jemaah.

untuk masuk Raudhah bagi wanita, kita masuk melalui pintu 25. dalam Raudhah ada dua warna karpet iaitu merah dan hijau. karpet hijau tu lah kawasan Raudhah. yang merah kawasan masjid nabawi. solat dan berdoa di karpet hijau ni mustajab. buatlah seberapa banyak solat sunat dan doalah apa-apa pun. apa sahaja. dan yakinlah dengan permintaan kita itu. oh, lebih baik kalau nak masuk Raudhah pakai pakaian yang gelap / hitam. senang geng Arab ni nak bagi masuk.

karpet hijau = kawasan Raudhah
untuk pertama kali kami masuk Raudhah adalah ikut mutawwifah. masuk ikut giliran. kami menunggu pukul 9.00 malam waktu Arab (2 pagi Malaysia), pukul 11 malam (4 pagi Malaysia) baru dapat giliran. sambil menunggu ni buat la solat hajat ke berzikir ke apa ke. berdoa la juga semoga dipermudahkan urusan masuk Raudhah. fyi, kalau nak masuk Raudhah by grouping, memang akan lama menunggu. tapi kalau pergi individu atau dengan 2/3 orang cepat sikit sebab kita boleh menyelit masuk.

sementara menunggu Raudhah buka untuk jemaah wanita

pengalaman pertama aku di Raudhah aku masih blur lagi nak buat apa. dengan berebut-rebut dengan berhimpit-himpit masyaallah. jemaah wanita yang dari Turki, Arab semua besar-besar. pengalaman pertama ni aku terpisah dengan mak aku sebabnya mak aku tetiba sebelum masuk Raudhah tu nak ke tandas. so, bila kami dapat masuk, mak takda. tapi aku tak risau. mak aku pernah buat Haji. so, dia dah tahu. cara kami untuk solat di Raudhah untuk pertama kali ni kami buat bulatan dan seorang atau dua akan solat dalam bulatan. berganti-ganti. lepas semua dah solat, mutawwifah aku ajak keluar. tapi aku tak puas lagi solat sebab aku solat sekali je. so, ikut jela mutawwifah keluar.



see.... dorang memang main langkah je orang tengah solat. sebab ramaiiiiii sgt berebut nak solat atas karpet hijau ni

masa nak keluar tu, mak aku panggil dari sebatang tiang Raudhah tu. mak suruh solat situ (sambil tunjuk isyarat datang sini). so, aku yang tak puas solat tadi, ambil peluang. sambil tu mak jaga aku solat. buat benteng daripada kena langkah dan pijak orang. serius, ramaiiii berebut nak solat di Raudhah ni. dorang ni main langkah langkah je tak peduli kita ni tengah sujud ke apa. main langgar je. makcik nora, ibu dan adik aku pun sama sambung solat kt tiang tu. geng yang lain dah keluar ikut mutawwifah. 

tips nak solat di Raudhah secara selamat ialah..carilah tiang yang berkarpet hijau. make sure pergi berteman dan sentiasa yakin Allah beri kita peluang solat di sana. macam pengalaman aku haritu, bila kita buat benteng untuk family solat kan, nnti ada wanita lain yang kita tak kenal akan tolong buat benteng jgk. nnti dia bagi isyarat la yang dia nak solat sekali. selalunya orang indon la. haa mcm tu la saling membantu. kalau ada jemaah wanita yang tolak- tolak kita (selalunya yang geng badan besar ni la), cakap balik kat dia sambil bagi isyarat "solat, solat." nanti kurang la sikit tolakan dia tu. hehe

dan kalau tak nak kena halau dengan polis kat sana (sebab nak beri peluang jemaah wanita lain untuk solat juga), lepas siap je solat sunat, terus berdiri dan buat lagi solat sunat lain. jgn duduk dan berdoa. nanti dia suruh kita bangun dan keluar dari Raudhah. kalau macam aku, aku buat solat sunat hajat, solat sunat taubat, ulang solat sunat hajat dan ikut suka hati nak buat berapa banyak. lepas habis satu solat, sambung terus solat sunat yang lain. kalau nak berdoa tu, aku berdoa masa berdiri. masa tengah jaga mak / adik / makcik aku yang tengah solat. masa tu doa lah banyak-banyak. untuk pengalaman aku, aku berdoa sampai menangis. sampai merah muka.  terasa macam dekat sangat dengan Pencipta dan kekasih Allah. ulang banyak kali doa yang sama. sambil tu aku bacakan juga doa yang rakan-rakan kirim. doa menghadap kiblat ye bukan menghadap maqam nabi.

kami keluar dari Raudhah pukul 1.00 pagi (6.00 pagi waktu Malaysia). keluar pun bila polis dah halau sebab dia nak buka untuk jemaah lelaki pula. so, terpaksa akur. tapi esoknya tu kami berhajat nak pergi lagi.

ni masa kali pertama kami solat di Raudhah. 
untuk masuk Raudhah kali kedua, kami pergi pukul 11.00 malam. lepas isyak balik tidur dulu untuk tenaga. nanti pukul 11.00 malam get ready untuk ke Raudhah. Alhamdulillah aku dan family dapat masuk Raudhah dua kali. cukuplah tu.

ini kali kedua kami nak masuk Raudhah




muka selebet merah merah gadis cendol dont care! haha
masa ni rasa sedih sangat nak sebab esok nak ke Mekah dah. insyaallah sis akan kembali lagi ke sini

ustazah gituuuu hehe
biar gambar bercerita. muka takde mood sebenarnya sebab baru lepas menangis. hihi. takde mood tapi nak juga bergambar. 
yang penting masa di Raudhah, jaga adab. 

kalau ditanya lagi, berbaloi ke pergi Raudhah walaupun bertolak-tolak. BERBALOI! ia satu ketenangan. pergi berkali-kali pun takkan bosan.

okay, sekian share pengalaman di Raudhah. Next, sambung Part 3.

UMRAH 2019 (PERJALANAN PERGI DAN MADINAH)

PART 1 | PART 2 | PART 3

Salam.

Sebelum aku mula, aku nak tekankan kat sini, ini hanya perkongsian aku menunaikan ibadah umrah. Tiada niat untuk riak. aku hanya berkongsi pengalaman. Penulisan ini hanya untuk aku abadikan sebagai salah satu kenangan indah aku.

Alhamdulillah 7 Februari 2019, aku sekeluarga diizinkanNya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. aku dan adik aku adalah first timer datang ke Tanah Suci ni. buat pembaca, berniatlah agar dapat jejakkan kaki ke Tanah Haram ini bersama-sama keluarga. insyaallah akan dipermudahkan urusan kalian. 



umrah kami sekeluarga ini semuanya diuruskan oleh abang aku. abang aku la yang berurusan dengan pihak Al-Quds. kami tinggal serah duit dan serah gambar untuk visa. dan yang perempuan, jgn lupa nak pergi sana perlukan mahram. macam aku, mahram aku ialah abang aku. dan mahram adik pula ialah bapa aku. dan pada yang sudah berkahwin dan pergi tanpa suami, pihak pengurusan perlukan sijil nikah yang disahkan oleh pejabat agama dan surat kebenaran suami. untuk wanita yang berumur 45 tahun ke atas, takperlu ada mahram. banyak-banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan. jangan ada yang sangkut. kita risau jugak, dalam pada excited nak pergi tu, ada dugaan yang Allah uji. 

betul, semua Allah nak uji. kami pergi satu keluarga besar. alhamdulillah untuk kami sekeluarga (berlima) tiada halangan. semua lulus. tapi dalam kalangan keluarga besar kami, ada yang diuji tiba-tiba tak dpt cuti la, tiba-tiba kuota penuh la, tiba-tiba flight terus ke Jeddah la. macam-macam. teruskan berdoa minta dipermudahkan urusan. dan jangan lupa juga, sebelum berangkat pergi tu mohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali kita, banyakkan solat taubat agar dipermudahkan urusan kita di sana.


memang rezeki, hanya kami sekeluarga (25 orang) diluluskan untuk dapat flight ke Medinah. alhamdulillah. kalau turun Madinah, terasa ringan sikit sebab kita penat 8 jam flight. kalau turun Jeddah, dalam kapal terbang lagi lelaki kena tukar ihram dan kita kena berniat umrah di miqat. kena jaga pantang larang dalam ihram. nanti sampai Mekah, kena terus buat umrah. alhamdulillah setelah 8 jam perjalanan, kami sampai di Madinah.


oh lupa, kami naik Saudia. dalam kapal dia ada sediakan wifi. so, kalau bosan 8 jam perjalanan boleh juga whatsapp kawan-kawan. tapi aku tak. aku whatsapp kejap je kawan. pening kepala nak menaip. selebihnya aku banyak tidur dan tengok movies. dan dalam Saudia ni juga disediakan tempat solat. tapi untuk kes kami, flight kami pukul 3 petang. so, sebelum masuk kapal lagi kami dah jamak takdim di airport. jadinya tiada masalah untuk solat lagi dalam kapal.



oh ye, 1 tips la untuk wanita. lebih elok masa perjalanan pergi tu pakailah pakaian yang selesa, yang sempurna menutup aurat dan yang memudahkan kita untuk solat sekiranya perlu solat di dalam kapal terbang.  :)



akhirnya kami pun sampai di Madinah pada jam 8 malam waktu Madinah. di Malaysia masa tu dalam pukul 1 pagi. setelah lalui proses imigresen dan ambil beg, kami pun terus ke bas untuk balik ke hotel. jarak airport ke hotel adalah lebih kurang dalam 30-40 minit gitu lah.

kalau tengok keadaan pemandu di sana, fuhh pemandu pemandu Arab memang brutal. dalam bas tu ada yang aku tengok sambil drive sambil kaki kiri di atas dashboard, sambil drive sambil main game ular dan macam-macam. haha. dannn dorang ni gemar hon kereta! melalui pemerhatian aku, pemandu kat sana dorang kalau terlanggar kereta orang lain, takde gaduh gaduh macam kita kt Malaysia. dorang boleh relax je dan terus memandu. so, banyak lah kereta di sini yang kemek-kemek, calar-balar dan hmmmm u know lah kan.. hahahaha. mungkin juga kos nak repair kereta di sana jauh lebih mahal. bayangkan, kalau dorang kena saman, skali saman SA5000! lebih kurang dalam RM5000 duit kita tau!


untuk di Madinah, kami duduk hotel Concorde Al-Khair. hotel ni bertaraf 3 bintang. gate yang dekat dengan Masjid Nabawi ialah gate 15. perjalanan dari hotel ke Masjid Nabawi adalah lebih kurang 2-4 minit. ada beberapa pintu tempat solat wanita. yang aku paling ingat ialah gate 25. kalau nak hotel dekat dengan tempat solat, bayar lebih la kan.. hehe. tapi okay jugak duduk kt Concorde ni. takde la jauh pun. mungkin pertama kali je rasa jauh. kali kedua, ketiga tak rasa jauh dah. hehe.


see, Masjid Nabawi kat depan tu je. 

sesampai di hotel, kami makan dan dengar taklimat daripada mutawif kami, Ustaz Fadzrie. one more thing here, dah sampai Tanah Suci tu, mulut tu jaga lah. mak aku pun dah pesan dari rumah lagi, kalau makanan tak sedap ke tak kena taste Mesia kita ke, makan je. sebut je alhamdulillah bila dapat makanan. jangan komen sana sini.  kalau tak nak makan, letak tepi je. tak perlu keluarkan dengan perkataan. takut Allah tarik selera makan kita tu. so, sepanjang kt Madinah, kadang-kadang ada jugak makanan yang tak kena dengan selera aku, aku makan je walaupun sikit. untuk tenaga nak beribadat. kalau tak suka dengan makanan hotel, boleh beli makanan kt luar hotel. tak de siapa marah. hehe



Azan Subuh di sana dalam pukul 5.30 pagi. kami ke Masjid Nabawi dalam pukul 3.30 pagi untuk dapatkan tempat di dalam masjid. sambil tunggu azan Subuh tu, banyak banyakkan buat solat sunat, berzikir, mengaji sepanjang berada di Masjid Nabawi. elakkan daripada tengok facebook, instagram n etc yang tak berfaedah. jangan lupa, masuk masjid dengan kaki kanan!


ada satu perasaan sebak tau bila pertama kali aku jejakkan kaki ke Masjid Nabawi. masa tu aku rasa macam terimbas kembali dosa-dosa yang aku buat. manusia penuh dengan dosa. rasa penuh keinsafan. sebak sebab walaupun aku banyak dosa tapi Allah masih menjemput aku jadi tetamuNya. bersyukur sangat. sambil tunggu solat subuh, aku buatlah solat-solat sunat. lepas solat tu, aku menangis sepuas-puasnya. perasaan dia memang lain sangat. kau rasa macam "Ya Allah, bertuahnya aku sebab kau jemput aku. Ya Allah, memang betul timing kau jemput aku. masa aku tengah down yang memang aku perlukan kau saje." aku dah tak peduli dah adik aku tengok aku menangis, aku tak peduli mak aku tengok aku menangis sambil berdoa. tahap aku sebak tu sampai berdoa pun menggigil tangan. haa gitu la perasaannya. hanya yang mengalami je yang faham. aku tak taulah kalau orang lain macaman. tisu memang aku sentiasa standby dalam beg sebab aku tau aku ni memang hati tisu.


masuk pintu masuk masjid, disediakan air zamzam. memang ada d mana-mana air zamzam ni. memang kita takkan sempat haus dalam masjid ni

ni setakat pukul 4 pagi, gais. dah penuh. memang kena awal kalau nak solat dalam masjid. masa ni memang semua orang ambil kesempatan utk solat sunat dan mengaji


nampak tak makcik yang duduk atas kerusi yang pakai baju petak-petak tu? nak selingan jap. sebelum kami sampai ke Tanah Suci, mak aku ada jugak cerita yang setiap kali lepas waktu solat fardhu, akan ada solat jenazah. maksudnya setiap waktu solat fardhu akan ada orang meninggal. nak dijadikan cerita, masa tengah solat subuh bangun dari sujud rakaat pertama, makcik tu jatuh dari kerusi. kebetulan makcik tu dia dah pindah depan saf aku. lepas makcik tu jatuh, dia tak gerak-gerak la pulak. orang yang saf belakang aku, orang tepi dia semua kerumun dia. aku terus tak khusyuk solat. dalam hati, "Ya Allah, makcik ni meninggal ke?" lepas siap solat subuh, rupanya makcik tu pengsan. tak pasti kenapa. Ada jugak pengalaman abang aku masa tengah solat fardhu zohor kalau tak silap, orang pakistan tepi dia tiba-tiba collapse dan meninggal. memang pengalaman tak dapat lupa la dia cakap.

satu yang aku tengok di Madinah ni, orang orang di sana, tangan mereka sentiasa bawa tasbih. baik tasbih yang main picit-picit tu, atau tasbih yang comel-comel ngam ngam untuk jari mahupun tasbih yang panjang panjang tu. mereka ni, kalau takde buat apa-apa, korang tengok lah jari dorang. ligat bertasbih. serius, aku tak tipu! sampaikan aku sendiri terasa malu dengan mereka. sebabnya aku lepas solat dan mengaji semua, aku duduk melanguk berkhayal. tapi lepas tengok habit mereka ni, aku terus singgah di kedai berdekatan hotel, pilih tasbih yang paling cute, cantik, selesa dan beli! so, sepanjang aku di Madinah tu, aku akan sentiasa bawa tasbih ke mana-mana. asal diam, kita bertasbih. bagusnya pengaruh kat sana. 

Kami di Madinah selama tiga hari dua malam. sempat solat jumaat di Masjid Nabawi. itulah kali pertama aku bersolat jumaat. seronok juga. yang seronoknya ada di Tanah Haram ni, asalkan waktu solat fardhu, berduyun-duyun orang pergi masjid. so, kita pun terikut-ikut dan berlumba-lumba nak pergi awal masjid. sebab kalau lambat solat luar masjid.

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Entri seterusnya (PART 2) aku akan cerita pengalaman aku solat di Raudhah. insyaallah. :)