BLESSED 28!

Salam.

alhamdulillah. genap 28 tahun umurku tahun 2019 ni. masih terasa diri banyak kekurangan dan masih memperbaiki diri. alhamdulillah masih berlima di samping ibu bapa yang banyak memberi aku sokongan di kala aku tersungkur. Moga Allah kurniakan Jannah buatmu, Mak dan Papa. terima kasih juga buat babang dan adik yang banyak memudahkan dan menyokong aku dalam segala hal.


seperti tahun sudah, selalunya kami akan gabung sambut birthday. aku dan adik sama bulan kelahiran. so, akan celebrate sama-sama. takde lah celebrate sangat pun. kami akan makan satu keluarga. tak kisah di tempat murah mahupun sebaliknya. asalkan dapat makan bersama keluarga, dah alhamdulillah. :) aku senang dengan keluarga aku. dan aku mahu pasangan aku pun dapat menerima keluargaku seperti keluarga sendiri. sama seperti aku menerima keluarganya. 

so, utk 2019 ini birthday aku jatuh hari Rabu. dan kelmarinnya pengajaran aku telah dinilai oleh para guru besar Zon Kiulu. so, aku dah berjanji dengan murid kalau mereka behave dan beri kerjasama masa aku dinilai, kami akan makan kek (padahal aku memang dah berniat akan bagi mereka makan kek! hehe). 


at first mereka belajar macam biasa. bila 30 minit sebelum habis kelas, aku minta mereka duduk dalam bulatan dan menyanyi lagu birthday. at first dorang no idea birthday siapa. then barulah dorang tahu birthday cikgu kesayangan dorang. haha. happy betul muka mereka lagi lagi muka Jeane. aku ada buat kuiz teka umur aku. dan ada dua orang yang dpt jawab umur aku dengan  betul. hehe. dan lepas makan kek, kami main game. tapi bagi aku game tu tak berapa berjaya sangat sebab biskut yang digunakan tu kecik sangat. hehe. takpe, next time kita letak biskut besar sikit. sempena hari lahir cikgu, cikgu doakan kamu semua membesar dan menjadi insan yang berguna dan gembira belajar BM dengan cikgu!! hehe

disebabkan birthday aku dekat dengan HRQ, jadi kebetulan semua ada kat rumah. kita buat makan makan sikit lah. terima kasih mak untuk segalanya. you are the best mom ever!





 tiada apa yang istimewa birthday tahun ni. aku mohon doa-doa aku terutamanya yang aku doakan sepanjang di Tanah Suci dimakbulkan. insyaallah. apakah doa itu? nanti korang tahulah nanti! haha


hari kelahiran aku tahun ni aku sambut dengan buat solat hajat selepas subuh dan baca quran. guess what, ayat yang aku dapat sempena hari lahir aku buat aku betul betul tersentuh. macam tahu tahu je. iye, aku akan kuat tempuhi dugaan ini. insyaallah ada hikmah semua ini terjadi. 



so, alhamdulillah untuk semua rezeki yang diberiNya. alhamdulillah, makin hari aku makin kuat hadapi dugaanNya. :)

salam!

SALAM AIDILADHA 2019

SALAM AIDILADHA,GAIS!

seperti tahun tahun yang sebelumnya, HRQ (Hari Raya Qurban) aku memang akan di Sabah sahaja. di sinilah kami berlima akan berkumpul dan meraikan dengan cara kami sekeluarga. walaupun tiada siapa yang datang rumah, tapi kami tetap buat masak masak dan makan sekeluarga. 

dan setiap tahun, keluarga kami akan buat korban. kadang-kadang depan rumah kami, kadang di rumah kawan papa, kadang di IPG dan pelbagai tempat. untuk mudahkan keadaan, kami akan share duit untuk buat korban. memang apa-apa pun kami akan selalu share. itu keluarga aku lah :)

tak ada apa sangat aku nak cerita pasal HRQ tahun ni. yang pasti, aku bersyukur masih bersama keluarga tahun ni. alhamdulillah. 






sekian. babai!