salam. hai.
aku nak cerita pengalaman ni, sebelum aku hantar proposal hujung Disember tempoh hari, aku macam dah putus asa dah. rasa macam nak tangguh pengajian je. sebabnya proposal aku ni bermasalah kat bahagian DV. tapi setelah dipujuk oleh mak dan abang aku, akhirnya aku berjaya juga hantar proposal aku tu walaupun aku tak yakin. dorang selalu support aku. sepanjang cuti hujung tahun, aku terperap kt rumah je siapkan proposal. macam takde life! kadang aku sampai sakit kepala dan menangis. mak dan abang aku, tiap malam stay up temankan aku buat proposal sampai pukul 2 pagi (walaupun abg aku busy. hihi), carikan jurnal yang kuat untuk sokong DV aku dan semualah sampai aku berjaya hantar proposal dan berjaya habiskan pembentangan proposal ni. semua ni akan jadi kenangan manis tau..!
so, pada sesiapa yang sedang berjuang untuk dapatkan segulung ijazah sama ada ijazah sarjana muda, sarjana ataupun kedoktoran, aku doakan korang yang terbaik. moga Allah mudahkan urusan korang.. kat sini, aku share juga soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh panel. tapi ni soalan pembentangan proposal untuk PhD. tapi korang boleh la adjust ikut kesesuaian. lebih kurang je soalan dia ni untuk Master. moga bermanfaat. terima kasih kak eyma share soalan-soalan ni. moga Allah mudahkan urusan PhD kak eyma juga.
aiyaa aku janji haritu nak release post pasal Madinah. aku dah tulis dah cumanyaaaaa gambar dalam phone aku tu dalam format HEIC la pulak. laptop tak dapat baca. terpaksa convert satu satu. sedih!
apa-apa pun sekarang aku dah lega banyak sebab dah lepas satu beban. hihih. happyyyynya sis! alhamdulillah sis dah lulus dan lepas pembentangan proposal. proposal aku pun dah boleh proceed untuk kutipan data. yey!
aku ni sebenarnya ada satu sifat pemalu tak bertempat! haha. aku malu nak expose diri aku pada orang ramai. aku tak tau. sebab tu aku rela lagi bekerja di belakang tabir. aku tak berapa gemar jadi penceramah, tak berapa gemar berucap dan yang sewaktu dengannya. so, untuk present proposal aku ni, ia jadi satu masalah besar pada aku walaupun abang dan adik aku cakap, "ala, kacang je tu. bentang jela macam biasa. jawab jela soalan kalau dia tanya". MASALAH aku ni kalau aku nervous, aku tend to forget everything! sebab aku lebih fokus pada tangan aku yang sejuk, tangan yang mengigil dan hati yang berdebar. haha. normal ke sis ni ye?
so, selepas buat appointment dengan panel aku bila aku nak present (which is Sabtu lepas), aku pun teruslah siapkan slaid pembentangan aku dan prepare la jawapan yang mana aku rasa akan ditanya. tapi, sepanjang minggu aku duk prepare tu, aku macam acuh tak acuh. kadang malas, kadang masa tu la aku rasa nak tengok tv la, tengok ceramah la dan macam-macam lah hasutan syaitan ni.
malam sebelum aku present tu barulah aku mencari jawapan pada kebarangkalian soalan yang akan ditanya. itu pun dibantu oleh mak. aku tanya soalan dan mak aku yang bagi idea untuk jawab soalan. supportive tak mak aku? sangat! aku pun praktis la pengucapan awam aku tu supaya esok tak kelam kabut. lepas praktis, aku sambung tengok tv sampai pukul 1 pagi. hmmm..
yang paling sadis, dua hari sebelum aku bentang proposal aku, aku buat cleaning dekat laptop aku. pastu ter delete pula slaid aku tu. dah la takde backup! terpaksa aku buat slaid semula. :(
keesokan harinya,
aku dah get ready untuk dihentam dan terhentam. aku dah mindset kepala aku ni kalau panel aku komen, semua tu adalah proses belajar (sebabnya selalu aku akan menangis kalau dikritik! haha). tapi bila dah letak mindset nak tuntut ilmu, aku akan senang menerima kritikan dan takkan menangis. hehe.
alhamdulillah. aku bentang smooth sekali! aku pun rasa macam tak percaya aku dah lalui minit-minit menakutkan tu. sepanjang dua tahun ni, pembentangan proposal tu la yang paling aku takut nak lalui. masa bentang pun aku senyum je. tenangkan diri. cakap tenang tenang dan tak gopoh gapah. bila panel tanya, aku senyum je sambil fikir jawapan yang perlu aku balas. dan alhamdulillah, semua soalan yang panel aku tanya, semuanya yang aku praktis bercakap dengan mak aku semalam! Masyaallah. serius, aku tak nervous langsung! bila panel dah puas hati dan habis dah soalan yang nak ditanya, dia terus tahniahkan aku.. hihihi. girang sungguh hati aku haritu. lepas present, aku pergi breakfast dan terus balik rumah.
semua ni gambar acah-acah present je sebab takde orang nak ambilkan gambar aku. so, minta tlg panel yang ambilkan. hihi |
Masyaallah, the power of du'a. sepanjang aku tunaikan umrah, hari hari aku berdoa supaya aku dapat panel yang aku kenal dan baik hati. aku doa juga supaya soalan yang ditanya tu aku faham dan boleh jawab. aku duduk ulang doa yang sama je lebih-lebih lagi di Mekah. masa tawaf, saie, dalam Hijir Ismail, depan Multazam dan semualah tempat yang mustajab. semua yang aku doa tu, semua Allah makbulkan. aku dapat panel yang mengajar aku dua semester dan yang pergi Jepun sekali haritu. syukur..
abaikan muka aku yang kepenatan setelah 8 jam perjalanan KL-Haneda |