SEPANG GOLD COAST

hai. Assalamualaikum..

dah habis internship beberapa bulan yang lepas baru nak tulis pasal Sepang Gold Coast. ini la first time pergi jenguk Gold Coast. cantik. sesuai nak buat pergi honeymoon. lagi-lagi tinggal kat hotel atas air tu. tapi aku rasa aku lagi suka Avillion Port Dickson! 

Avillion Port Dickson! lawaaaaaa! 


blk dari sekolah terus pergi GC. HAHAHA.  
 masa ni fon rosak jadi kualiti gambar tak cantik. kasi layan jelaaaaaa. haha



okbai!!!
They say that big girls don't cry, but can I cry?


BIRTHDAY POST

hai. Assalamualaikum.

harini ada masa rajin sikit. so, rasa nak update blog kejap. hehe. 

seperti wishlist birthday aku tahun lepas, aku nak seorang suami..tapi takdapat pulak dahhhh.. HAHA! takpela, belum ada rezeki lagi.

so, birthday aku tahun ni jatuh pada bulan aku internship. dua hari sebelum internship tamat pulak tu. tapi aku still bersyukur, walaupun sibuk internship, ada jugak yang tak lupa birthday aku walaupun aku hide birthday reminder kt facebook. mostly yang tak lupa tu yang rapat-rapat dengan aku la. 



 ni je yang sempat aku snap shot sebab malas nk snap byk byk lagi

so, tengah malam masa hari jadi pun, tiba-tiba hausmet melompat masuk dari pintu rumah bawak kek! dah la masa tu aku tengah khusyuk isi jobmalaysia. memang tak perasan langsung dorang hausmet ke hulur ke hilir nak buat surprise. hehe. thanks hausmet semua!!



bila dah habis internship dan birthday aku 10 hari berlalu, kawan-kawan rapat pulak celebrate. so, setiap tahun waktu belajar ni memang kalau birthday, memang berkali-kali makan kek. thanks geng berukmakyeh! HAHA tahun ni kita sambut birthday semua orang last dah ;"(

romantik tak bilik i? hahahaa
setiap tahun mesti sambut skali birthday dengna aya. hehe
dannnnnnnnnn...... celebrate birthday yang terakhir mesti la dengan orang yang paling jauh dengan aku. Mr H baru datang lepas hampir 2 minggu birthday aku berlalu. tu pun dia datang KL sebab atas urusan kerja. kalau nak datang saje-saje lawat aku kat sini, memang susah sikit la. busyyyyyyyyy! tapi nasib jugak Mr. H ambil cuti lebih untuk spend time dengan i. Maseh Mr H! Entry sambut birthday dengan Mr H, nanti aku tulis. hehehe

bg yang blurr sudahhh la kannn. hahaa
okbai semua! :)

TANPA TAJUK


rindu aku? tengok la video kat atas ni.. hehehe. video ni dibuat oleh kazen aku masa  cuti hari raya haritu. aku ada jugak buat video tapi video aku tu bila tengok balik macam hodoh pulak. btw, gaya yang ktorang tiru dalam video tu parody seseorang. hehe. 


harapnya akrab kami akan berkekalan walaupun kami masing-masing dah kawin nanti  (walaupun aku yang akan kawin dulu daripada dorang)! T.T sadis betul kena berperangai macam isteri isteri dah lepas ni.  blergh! tapi harapnya bakal suami akan bagi kebenaran untuk aku keluar spend time dengan geng-geng bujang tu nanti! hahahaha

aku sekarang ni tengah sibuk dan penat dengan kajian tindakan. ni jela untuk tentukan kejayaan dan penamat aku belajar 5 tahun setengah kat IPG. mohon dipermudahkan segala urusanku. aminnnn.

doakan aku untuk pembentangan fyp 2 Oktober ni! aku pembentang pertama. individu! im gonna be so dead X.X fuhhhh

okbai! :)