SAKITNYA TUH DI SINI

hai!

dalam pada masa aku tak update blog, macam-macam yang dah berlaku dalam kehidupan aku. salah satunya ialah aku dah bernikah dengan jejaka pilihan hatiku. walaupun dia hitam, aku tetap sayang dia. tatang dengan penuh kasih sayang. punyalah susah nak menang hati jejaka ni. aku namakan dia Prince Philips! hahaha

tapi kan.. mula-mula hajat hati nak pinang si dia yang kat bawah ni. tapi dia jual mahal sangat. jadi, tak dapat la aku pinang dia ni. takpe, tunggu aku kawin, siap kau aku pinang habis-habisan! :D


tunggu nak ambil kekasih bawa balik rumah :P



tapi.. pada suatu hari di mana aku sakit gigi (gigi bongsu nak tumbuh), tetiba rajin pulak aku nak pergi pos office ambil parcel aku. aku pun reverse park kereta di suatu parking lot. dah ambil parcel semua, then nak balik. seriously aku tak nampak pun ada tiang rendah kat tepi kereta (yang kaler kuning hitam tu). tiang tu dah jatuh. bila kereta gerak ke depan, tetiba lak bunyi GEDEGANGGGG!!!

ah, sudah! aku langgar apa tu? bisik dalam hati. tapi buat cool sebab semua orang tengok! dalam hati aku dah cuak. kemek ke? calar ke? banyak ke? bila dah tahan tu, aku stop tepi jalan, keluar dari kereta dan tengok.

sakitnya tuh di sini bila lihat kekasih kau calar! masa tu rasa nak nangis pun ada. tak happy langsung. risau sebab kalau parents nampak mesti kena marah :(

soalan pertama parents aku sampai rumah bila tengok kereta aku, "kakak, apa kena dengan kereta kamu?" bila check, calar macam dalam je. pastu dia cm kemek. ada tiga tempat kemek sikit. huwaaaaaaaaaaaaaa! kena la bawa ke hospital. serius sedih.


pengajaran lepas ni, berhati-hati bila nak keluar parking. :(

okbai!

1 comment:

amir aiman akashah said...

PERRRHHHHHHHHHHHHHHHH...PAKAI HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH