WOULD U BE MY PARTNER?

hai. Assalamualaikum.

semalam (7/6/14), aku menghadiri majlis resepsi perkahwinan kawan Mr. H di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu. kawan dia tu (Syaiful) ialah kawan universiti masa kat UK dulu. actually kami nak catch up sebelum Mr. H balik Miri which is esok. :( seminggu Mr. H cuti, ni la yang dapat jumpa betul2 jumpa. yang lain tu dapat jumpa singgah-singgah cmtu je.

Meja kami agak di hadapan. dekat dengan pengantin. kebetulan pula satu meja kami tu kawan-kawan Mr. H. so, bolehlah jgk borak-borak. kawan-kawannya semua yang dah kerja dan tua-tua (umo lagi tua dari aku la. hehe). so layankan jela. kena jadi dewasa jugak. hehe.

mula-mula rasa malu and tak tau nak join borak orang tua tp last2 sama-sama gelak. layankan jela. hehe
kakak tudung hitam tu ex-schoolmate Mr. H dulu.  then, sebelah kiri husband-wife tu university-mate Mr. H kat UK dulu. so, yang lawaknya masa borak, Mr H kenalkan aku dengan kawan-kawan dia " this is my schoolmate, his husband. both here my university-mate." dan Mr H kenalkan aku kepada dorang pulak, "this is my future housemate; my fiancee." naik malu rasa bila diperkenalkan macam tu! hahaha


actually, ni la adalah first time kami berdua pergi wedding sama-sama. tau jela kalau long-distance relationship ni. aku tak kisah sgt pun pasal pergi wedding yang mewah kat hotel bagai tu. yang aku kisah adalah spending my time dengan Mr. H. limited sgt masa ktorang ni.

food presentation
makanan yang dihidangkan adalah 3 course meal. so, sedap jugak la makanan dia.

first meal
masa kat majlis tu, ada 3 persembahan. first tu tarian pakiring. second tu menari bollywood and yang ketiga tu menari sumazau. Best betul tengok orang menari. rasa macam nak ikut menari sekali. bahu ni dah goyang-goyang automatik dah! HAHAHAHA.


so, sepanjang majlis tu kami banyak amik gambar KAMI SENDIRI berbanding gambar pengantin! hahaha. kejam betul. overall, majlis tu memang mewah okay sebab semua dia guna fresh flowers. sangat cun. kek dorang pun tinggi macam aku dah. haha.

pelamin. btw, pelamin cmni bkn taste aku. hahaha


Mr H ni kalau tudung mcmni mesti igt tudung Fareeda. custom-made tudung dengan kilauan kristal. suka sangat! beli dari cikgu kat sekolah masa praktikum kat Cyberjaya
amik berkat pengantin dulu. hahaa
sebelum balik, Mr H gigih betul petik bunga! hahaha

gigih kau kan? hahaha
terima kasih Mr. H! jumpa lagi beberapa bulan akan datang. take care!

bui bui! :)