"PAKCIK RASA KERETA NI GUNA MINYAK APA YE?"

hai.

semalam aktiviti aku adalah MISI MENCARI SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN. (SASER). oleh sebab aku tak tau jalan sgt kat area seremban ni, aku ajak seorang kazen aku, iqa utk jadi penunjuk jalan. kebetulan pulak sekolah tu dekat dengan rumah makcu aku. memang terbaiklah! senang la aku nak pergi sendiri nanti.

aku gerak dari rumah makcik nora dengan adik aku. destinasi pertama adalah untuk ke Taman Panchor Jaya. nak jemput iqa. aku punya selalu balik rumah makcu aku tapi aku tak tau jalan nak pergi rumah dia. kalau ingt pun, aku ingat jalan jauh punya. padahal ada short cut. haha. punya susah nak pergi rumah makcu aku. siap berpandukan GPS lagi. ape daaaa...

at last, sampai jugak rumah makcu. perjalanan yang sepatutnya 15minit untuk sampai rumah makcu dah jadi 40minit. gilos!

drive punya drive akhirnya sampai jugak SASER. okay, aku ingat la jugak sikit-sikit jalan dia. sekolah tu pulak terletak kat pedalaman sikit.  then, untuk misi usha hotel pulak, aku serahkan makcu aku uruskan sebab dia ada kenalan. so, boleh la dapat harga special sikit.

lepas dah jumpa SASER, aku ingat nak pergi isi minyak la ni sebab nak pergi Jusco. masuk la shell. disebabkan aku tak ada pengalaman isi minyak sendiri, aku pun dah gelabah. tanya adik aku minyak apa yang kena guna ni. dia cakap 95 tapi dia tak tau la pulak kalau makcik aku tu guna 97 ke apa ke.

aku dengan selamba tanya pakcik yang bekerja yang shell tu,

" urm pakcik, saya tak tau la kereta ni guna minyak apa. pakcik rasa minyak yang mana satu ye?"

" mano la pakcik tau. ikut kereta masing-masing la," (cakap loghat nogori)

aku suruh adik aku kol pakcik azam. disebabkan tak nak kereta belakang tunggu lama ktorang yang tengah blur nak guna minyak apa, aku terpaksa drive pergi tempat lain dlu. bagi can kat dia isi minyak dulu. then baru aku datang balik kat pakcik isi minyak tu.

"95 ye pakcik,"

"selalunya kereta macam kau ni orang pakai minyak 95. 97 tu ni untuk kereta mercedes, volvo atau kereta 2000cc ke atas." (cakap dalam loghat nogori)

aku cakap dengan adik aku perlahan-lahan.
" ni kereta BMW,"

pastu pakcik tu cakap lagi
" ekau ni, kereta sendiri pun tak tau guna minyak apo, "

aku gelak je. padahal aku kan dah tanya awal-awal kat pakcik tu yang pakcik tu rasa kereta tu guna minyak apa. haha. okay, tapi salah aku la jugak sebab tak patut la aku tanya pakcik tu cmtu. haha. gilos!

then, ktorang pun terus dengan lajunya pergi Jusco. pergi Jusco hanya untuk minum-minum je. haha. memang bertuah la punya anak. then beli bahan-bahan untuk buat mee basah.

malamnya tu, aku keluar dengan kazen untuk bincang pasal perjalanan ktorang pada hari khamis ni. apa keperluan yang perlu dibawa. tempat berbincang adalah di Iceroom.



bukan selalu aku post muka hodoh aku yang teramat hodoh. muka aku tak sesuai buat muka hdoh sebab memang hodoh. haha :P ... ni adalah idea acap untuk amik gambar hodoh buat mulut muncung-muncung hodoh macam mulut itik tu. haha

setelah berbincang dua tiga kali, kami memutuskan untuk pergi genting highlands dan setiap daripada kami kena prepare makanan. aku dapat tugasan untuk buat pancakes dengan butterscotch untuk breakfast dalam kereta. woha! mesti perjalanan ni akan menyeronokkan. 

bila aku cerita dengan kazen pasal kejadian isi minyak siang tadi, terus kazen aku bawak ktorang pergi stesen minyak dan dia ajar aku isi minyak! hahaha.

aku kalau isi minyak, aku suruh adik aku je yg tolong isikan. rupanya nak isi minyak senang je. ingatkan susah macam add math. haha

hopefully, trip untuk hari Khamis ni akan menyeronokkan dan semoga perjalanan kami selamat. aminn...
tak ingat tahun berapa pergi genting dengan big families. coming soon dengan cousins pulak.
bui bui! :)

No comments: