:)

hai.

betullah untuk semua apa yang ibubapa kita kata. sebab tu kita kena ikut cakap ibubapa kita. mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


sejahat mana pun adik beradik kita, jahat lagi orang yang lain. sejahat mana pun adik beradik kita, mereka masih darah daging kita. aku tulis entri kali ni sekadar mengingatkan diri aku supaya lebih berhati-hati. aku sayang keluarga aku. aku sayang adik beradik aku. aku sayang babang. aku sayang amim. aku sayang papa. dan aku sayang mak. merekalah segala-galanya bagi aku. sebab tu, kalo aku nak kawin nanti, aku nak cari lelaki yang boleh jaga dan sayang aku macam keluarga aku. :)


serapat mana pun kita dengan kawan, keluarga lah yang setia ada untuk kita bila kita suka dan duka dan bila kita rasa dikhianati. walaupun zodiak aku dikenali sebagai seorang yang pendendam tapi aku tak suka berdendam. bagi aku, yang lepas, biarlah lepas. buat semak kepala aku je yang nak berdendam ni. lagipun kita masing-masing dah besar. tau mana yang baik dan buruk. 

aku akui ada beberapa perkara yang buatkan aku stres tapi bila semuanya dah diluahkan tanpa selindung, aku rasa aku tak perlu berdendam maupun bermasam muka. hanya selepas ni, aku akan lebih berhati-hati dalam segala tindakan.

"mak, terima kasih sebab sentiasa ada di sisi ain di saat ain kegembiraan dan kesedihan. ain sayangkan mak. terima kasih sebab selalu buat yang terbaik untuk pujuk ain daripada sedih."

lagipun aku tak sukalah hidup aku sedih sedih. i don't deserve to be sad. i deserve to be happy. :)


bila aku stress, stress aku akan disalurkan jadi jerawat. akibat terlampau stress, jerawat dah mula naik kat pipi. sakit tau! untuk mengelakkan aku garu tanpa sedar masa tido, kena la tampal plaster sebelum tido. hahaha.

bui bui! :)