SELAMAT HARI JADI KAMU!

hi semua! 

hb 20 nico
hari ni hari isnin.. hari pertama aku melangkah ke umur 20 tahun. wow! dah besar dah aku ye rupanya. tapi aku masih macam ni lah! keras kepala + ego dan separa matang. adakah separa matang bermaksud aku dah tak boleh singgah kedai cute cute jual bear dan barang budak-budak remaja? aku tak peduli, besar ke kecil ke aku tetap suka benda benda comel cmtu. haha.

birthday aku tahun ni aku tak rancang apa-apa pun sebab birthday aku jatuh pada puasa. memang kesian. 

untuk kawan-kawan yang wish aku walaupun secara tak semulajadi ingat ( facebook birthday reminder) tapi aku tetap hargai. thank you banyak la uols!

untuk classmate perempuan (kein, ayu, umi, syaza, mawa, ain, aya dan iera) yang buat surprise party untuk aku, terima kasih banyak banyak gila sampai jadi gila. patut la korang tak ajak aku pergi bazar petang tu. haha. tapi aku tak kisah pun tak ajak. btw aku tak terlintas pun korang ada beli kek. memang tak terfikir gila. aku ingatkan sekadar tabur bedak Enchanteur kat rambut aku je. habis wangi rambut aku. dah tak payah syampu seminggu. haha.
--------------------------------------
masa tu aku tengah khusyuk buat assignment. jadi aku tak adalah nak kisah sangat roomate aku nak pergi merayap. lepas aku dah kena tabur rambut dengan bedak wangi, aku sambung buat kerja. then roomate aku tutup lampu. aku pasang la lampu meja. then tiba-tiba dorang nyanyi lagu birthday siap bawa kek. gila terharu. 

then kipas kat bilik aku ni laju sangat. terpadam la pulak lilin tu. nak hidupkan balik dengan lighter, lighter tak mau nyala. kitorang gelak-gelak dah. aku tak sempat lagi tiup lilin. then tutup kipas dan hidupkan lighter tapi tak nak nyala jugak. at last hidup jugak lighter tu. then kitorang gelak dan kami rewind balik scene dorang masuk bawak kek. kelakar betul.
kek! ala..gmba blur kan?
klaka lak bila dorang hulur topi and suruh pakai. hehe

bilik disco.

potong kek..makan kek kena suap.. dapat hadiah daripada roomate.. rasa macam princess malam tu. hehe
hadiah daripada roomate.. comelss
----------------------------------------------------------------------------

untuk birthday aku tahun ni, aku ucapkan terima kasih kepada semua terutama sekali kepada keluarga aku sebab walaupun masing-masing sibuk; parents aku sibuk uruskan rumah baru, adik aku sibuk nak spm dan abang aku sibuk bercuti tapi dorang masih ingat birthday aku. terima kasih sebab menyayangi aku seperti selalu. hehe.

pagi ahad tu aku tengah tido then mak aku telefon. mak wish aku birthday. thank you mak! sayang mak banyak-banyak gila! then adalah perbualan aku dengan mak yang buatkan aku geli hati pun ada. haha.

mak: ain dah masuk umur 20 tahun la kan? Ya Allah, cepatnya. bila ain nak kawin?
aku:  (aku gelak)..
mak: dua tiga tahun lagi kawin la.
aku: (aku gelak sebab tak tau nak cakap pe)

serius aku malu mak cakap pasal kahwin. mungkin aku tak adalah nak kahwin lagi sekarang. kahwin memang bagus tapi buat masa ni belum lagi bersedia kot. hehe.

tadi mak telefon. dia tanya aku nak handbag Guess tak untuk birthday?! dia tengah shopping kt Guess.. aku pastilah nak! handbag feveret..  then mak tanya fon aku dapat hantar mms ke tak. surely la boleh. mak hantar gambar handbag yang dia beli untuk birthday aku.. hehe. thank u a lot mak. love u!
tak ada handbag warna hitam lagi.. thank u mak!
--------------------------------------------------

then lastly aku ucapkan terima kasih banyak banyak kat MAXIS BROADBAND sebab bagi aku guna broadband baru launch percuma selama 10 hari untuk birthday aku.. memang seronok gila aku tengok movie online dan download movie. hehe... untung betul birthday tahun ni.. 


#1 : maxis bagi towel maxis jugak.. wow!
#2: ada dua bb..tamak kan? haha

aku guna 4 hari je dah smpai 3GB.. seronok betul.
 "Maxis...tahun depan bagi lagi untuk bday saya boleh? haha"

* masa aku nak ambil broadband tu kat kaunter pertanyaan maktab, kakak kaunter tu tanya siapa bagi bb ni.. pakwe ke.. aku balas tidak. kakak tu beria betul nak tau siapa bagi bb percuma ni..

 aku balas..
" apa guna jadi anak tokey maxis broadband kalo ayah sendiri tak mampu bagi anak pakai bb free time bday.." 

kakak tu tergamam dan percaya pe yang aku cakap... hahahaa
dia cakap, " betul ke ayah ko tokey maxis bb? seronok la ko.."

haha
----------------------------------------------------------

sampai sini je entri aku.. thank u semua.. bui bui..hehe